Friday, June 26, 2009

AKU DI SRI PERMATA (BHG 3)

HARI KEDUA
5.30 a.m

Jam loceng berdering kuat. Aku terjaga. Aku mendapati teman-teman sebilikku yang lain masih enak dibuai mimpi masing-masing. Aku segera mencapai tualaku yang tersangkut dan segera menuju ke bilik air. air yang membasahi badanku ternyata menyegarkan. aku segera bersiap. ketika aku sedang mengeringkan rambut, teman-temanku yang lain kelihatan terpisat-pisat dan menuju ke bilik air dengan lemah-longlai. aku hanya tersenyum. ketika mereka sedang mengenakan pakaian, aku sudah sedia untuk ke dewan makan untuk sarapan pagi. " aku pergi dulu, ok?" "ok.", balas teman-temanku. aku segera keluar menuju ke lif.

7.30a.m

di dewan makan hanya terdapat beberapa orang pelajar yang tidakku kenali sedang menngisi pinggan masing-masing di meja bufet. sarapan yang dihidangkan sememangnya membuka selera dan pelbagai. aku segera mencapai pinggan dan mengiisi pinggan itu dengan scrambled egg dan beberapa frankfurter. selepas itu, aku sedang berjalan ke sebuah meja kosong menghadap tingkap. tetapi, seorang pelajar menegurku dan mengajakku duduk di sebelahnya. aku bersetuju dan duduk di sebelahnya. "hai! morning. saya fazliyana, dorm 15. you?" aku menjawab, "morning. amira ariff, dorm 14. kita berjiran rupanya!". kami berbual seperti dua orang rakan yang sudah lama berkenalan.

8.00 a.m

aku dan fazliyana segera menuju ke kelas kami di blok A selepas sarapan. kami bercadang untuk duduk bersama-sama di dalam kelas iaitu di meja paling hadapan sekali. apabila kami tiba di kelas, kami mendapati hanya kami sahaja yang berada di dalam kelas itu. seorang guru lelaki sedang duduk di meja guru. kami memberi salam kepadanya dan segera duduk di meja paling hadapan. selang beberapa minit kemudian, pelajar-pelajar yang lain pun tiba. guru tersebut segera bangun dan berdiri di tengah-tengah hadapan kelas. semua pelajar membisu ibarat disuruh.

bersambung.....